RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Psst: Entri nie dikreditkan kepada Ustaz Zahazan Mohamed.
Jumpa lagi di entri yang akan datang...























41 komen:
2009 November 1 19:10
salam...singgah yer.....tambah ilmu dminda
2009 November 1 19:29
singgah ler.. blog nie dibuat pun untuk dikongsi bersama.. hehe..
2009 November 1 19:52
Putra,
Bagus nie...
Thanks yer...
"Barulah saya tahu:)"
2009 November 1 19:59
salam,
saya nak pegang dan capai kesemua aurora pelangi tuh...bolehkan?
2009 November 1 20:21
Assalamualaikum...
Terima kasih kongsikan ilmu ni di sini...banyak betul rahsia solat; ini sebahagian daripadanya...
2009 November 1 20:52
adiwarnatasya: same2.. bukan ker sharing is caring =)
ahmad humairi:w'salam.. boleh.. silekan.. hehe..
Siti R:w'salam.. ade banyak lagi sebenarnya.. google jer..
2009 November 2 02:15
solat itu tiang agama
2009 November 2 09:29
BuLaN iTu aKu: betul tue.. solat tiang agama.. tanpa tiang runtuhla bangunan begitu juge tanpe solat runtuhla agama...
2009 November 2 10:18
Salam. Terima kasih sudi menjadi follower blog saya. Saya juga sudah link blog Putraalmaliki, insyaAllah ada kesempatan saya akan mengikuti entri terbaru di sini...
2009 November 2 12:18
jiwafaham: w'salam.. same2 kasih.. nanti saya linkkan blog saudara dalam blog saya..
2009 November 2 13:24
hehehe saya juga sudah link kamu di blog.. cheeewah.. rajin2 laa kita melawat2.. hehehe
2009 November 2 22:27
Bersembahyang lah.....
bila kita dah di sembahyangkan , dah tak boleh buat apa apa lagi !!!!
2009 November 2 23:17
eyena: same2..saya pun begitu.. same2lah kite saling melawat yer.. hehe..
Insan Biasa: yer.. betul tue.. janganlah tinggalkan solat kerna ia merupakan tianga agama yang harus dijaga..
2009 November 3 22:38
bagus la masih ada yang mengingatkan kita..thanks..
2009 November 4 09:24
hBz: same2.. sharing is caring.. =)
2009 November 4 15:18
hai..slm ziarah menziarahi..
:))
2009 November 4 15:31
good one ;)
2009 November 4 16:16
shidah: terima kasih kerana ziarah blog yg xseberapa nie..hehe
cik EPAL: good teo :)
2009 November 5 13:43
Salam awak:)
erm, indah2, sekrg nak cri yg punctual solat susah:)
2009 November 5 14:20
Assalamualaikum Putra, lepas ini Putra kupas cara solat Rasulullah yang sebenar pula. Ramai yang akan ternganga kerana amalan solat kebanyakan orang tidak berapa sama dengan tuntutan nabi s.a.w "solatlah seperti mana aku solat".
2009 November 6 00:08
arnamee: w'salam.. betul anem.. kite nie ape kurangnye kan.. hehe..
...: w'salam.. insyaallah jike ade kesempatan.. =)
2009 November 6 03:05
salam...bgus...tambah ilmu...ilmu baru thanks....islam itu indah...
2009 November 6 14:03
kuyie: w'salam.. alhamdulillah.. yang baek tue datang dari allah..
2009 November 6 23:37
byk sgt ilmu blh kite share dlm blog kamu ni kan..same2 lah kite menfaatkan ilmu dunia utk bekalan hari akhirat kite kan..=p
2009 November 7 10:31
akusygdia: saye gunekan konsep "sharing is caring" dalam blog saye.. hehe..
2009 November 7 11:13
salam..
tq ats pe yg awk post ni..
bru sy tw.. :)
2009 November 8 16:40
aIsYaH: w'salam.. same2..
2009 November 8 19:45
salam,
prnh baca entri ni..family ana ada photostate tp xtau amik dr mna? mgkin kt sini?..
anyway..good article..
truskn usaha sebarkan dakwah..
2009 November 8 21:33
solat tu tiang agama bro...teruskn dkwah anda...
2009 November 9 08:32
ariffah9: w'salam.. nie tulisan ustaz zahazan..
AkuLaNS: bukan saye sahaje, tapi kite semua bro..
2009 November 9 09:05
blog ni bgs... byk info
2009 November 9 15:56
Pn cd: tq pn cd.. =)
2009 November 11 11:33
waa..bgus2 ni~~mari berkongsi..tq!
2009 November 11 14:50
**#hana zaty**#: same2.. =)
2009 November 11 14:58
salam
terima kasih atas perkongsian ilmu.. semoga dpt manafaatkan sebaiknya..
-maiza-
2009 November 11 15:50
MaizaC'Joe: w'salam.. same2.. =)
2009 November 11 16:27
lalala..sronok lak baca bnda alah ni..hehe..warna2 tertntu je muncul ea?huhua.
2009 November 11 17:18
wani: biler berlaku perubahan warna alam, maka berlakulah perubahan waktu solat.. sungguh indahnya ciptaan ilahi yang saling berkait antara satu sama laen... =)
2009 November 23 16:55
saya tak suka iklan nih....
2009 November 23 16:56
heheheh silap komen....
2009 November 25 19:13
slm...thx 4 this..mtk di copy yer. =)
Catat Ulasan